Saturday, February 27, 2010

Ambil Masa Untuk Berfikir....-

Kehidupan kita umpama sebuah roda, kadangkala kita berada di atas, kadang kala juga kita berada di bawah..Harus sentiasa diingat bahawa apabila kita melakukan sesuatu yang tidak baik atau menyakiti orang lain, sudah pasti suatu hari nanti kita akan mendapat pembalasan atau mengalami perkara sama kerana kejahatan kita. Percaya akan Hukum Karma...atau dalam bahasa tempatan disebut "Tulah"," Ketulahan'' atau "kebalikan". :)

Cukup untuk cerita di atas ... pas ni cerita lain pula ...

Tidak banyak yang dapat dikongsi untuk post kali ini, cuma perasaan yang sedih dan merunsingkan kerana beberapa perkara yang terjadi tanpa pernah terlintas di fikiran kita. Pengalaman adik beradik mendapat pekerjaan adalah suatu berita yang menggembirakan, tetapi mengapa perasaan sedih dan runsing tiba-tiba timbul apabila terkenang akan keadaannya yang bersendirian dan kesunyian tanpa adik beradik lain serta keluarga di sisi. Mungkin inilah pengalaman yang harus ditempuhi agar dirinya dapat berdikari dan sentiasa kuatkan semangat.

Fikiran positif akan sentiasa membuatkan diri kita tenang, tetapi sesekali perasaan dilayan dan semakin sebaklah diri kita kerana merindui dan risau akan keadaan dirinya yang berada jauh daripada keluarga. Hati ini ingin menangis sekuat hati agar dapat mengeluarkan semua kesedihan di dalam hati ini agar tidak membelenggu diri sendiri. Namun keakraban antara adik beradik lah yang membuatkan diri kita akan sentiasa menyanyangi dan mengambil berat di antara satu sama lain. Oh Tuhan, Kuatkanlah semangatnya untuk menempuhi segala cubaan ini...harap2 dia dapat menyesuaikan diri di tempat dia bertugas sekarang....Amen....

Friday, February 5, 2010

Runsing ++ Stress

Kehidupan kita kadang kala dibelenggu oleh masalah yang tidak dapat kita elakkan, selagi ia tidak diselesaikan dan selagi itulah ia akan sentiasa menjadi masalah yang merunsingkan diri sendiri. Sikap ambil berat antara sesama sering disalah anggap, malah mungkin kadang kala salah ditafsir.

Cara yang paling mudah untuk hilangkan rasa kurang puas hati dan kerunsingan dalam kepala ialah kurangkan untuk mengambil tahu mengenai orang lain...cuba untuk lebihkan masa menjaga kepentingan dan urusan sendiri.