Thursday, April 10, 2014

Sekadar Renungan...

Pertama sekali...Minta Maaf la banyak2 kalau post kali ni mungkin menyinggung perasaan orang yang membacanya...tapi apa yang cuba saya sampaikan hanyalah pandangan saya...tidak ada kaitan dengan yang hidup atau telah pergi...(Faham2 ja la...)

Entah banyak benda yang sedang terbuku di fikiran ni...kalau tidak dikeluarkan dalam blog ni,nanti sendiri yang sakit hati...

...Hormat...Perkataan "Hormat" itu sendiri membawa maksud yang luas...susah juga orang klu yang memang tidak dapat terima pandangan orang lain ni kan..."Hormat"...tidak payah mahu rujuk kamus...kita semua fikir guna common sense saja bah...

*Alala...punya lama sudah post ini...rupanya tidak terpublish...post ini pasal perkataan "Hormat" tu...Entah malas juga kalau mo cerita panjang...yang pastinya apa saya boleh cakap adalah...Ibu bapa saya kenal siapa anak mereka...dan mereka tahu bagaimana anak-anak mereka menunjukkan rasa 'Hormat" mereka kepada ibu bapa mereka...Dipendekkan cerita...Hormati ibu bapa kita...kalau ada orang cakap kita tidak hormat orang tua kita...no komen la...susah juga mahu cakap kan...Janji yang kita tahu hargai ibu bapa kita...^_^

Sepi...Sepi...

SEPI
Sepi...Sepi...Sepi
Kesepian membawa seribu persoalan
Masa Berlalu tanpa disedari
Semua kegembiraan...Jika dikongsi bersama
Sudah Pasti membawa kebahagian 
diiringi dengan senyuman
Semua Kesedihan
Dilalui dengan penuh ketabahan
Berlalu Tanpa khabar berita
harap suatu hari nanti
ia dapat memunculkan diri semula... 


Sepi...Sepi...Bukan tuannya yang kesepian ah...Tapi BLOG Nya yang sepi sebab tidak di UPDATE...Kalau di kira dengan jari-jemari, rasanya sudah hampir 1 Tahun Lebih Blog ini x kna update...Tuan punya blog dia pun diam2 ja kan duduk di Sekolah...sampai kena panggil orang Utan bh...Entahlah...memang sebab utama dia dtg dr diri sendiri bh tu...MALAS kan...mo UPDATE pun mo ada KERAJINAN bh...mcm juga kita belajar kan...
Kalau crita pasal blajar...entahlah...DILEMA oooo...Mo sambung blajar ka ah...

Sunday, March 6, 2011

Imbauan Kenangan Semalam

Dunia ini umpama suatu tempat persinggahan yang sementara dan sudah pasti suatu hari nanti giliran kita akan tiba untuk meninggalkannya sama ada dalam keadaan rela atau tidak. Yang telah pergi, sudah pasti tidak akan kembali lagi. Rasa sebak di dada membuatkan diri ingin meluahkannya di dalam coretan ini. Keberadaan di perkampungan orang membataskan diri untuk menghubungi sanak-saudara di kampung halaman. Mujur gerak hati berkata, "lekas, hubungi keluarga di kampung". Kata hati terdetik lagi apabila mendengar khabar bahawa nenek saudara telah pergi. Hanya doa dapat diri ini sampaikan.

Mungkin hari ini, kita berasa sangat bersyukur kerana kita masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh dengan pelbagai corak dan gaya hidup manusia. Tidak kira kita sedang bergembira atau sedang bersedih, kita haruslah sentiasa bersyukur kerana masih ada yang sayang kepada kita dan DIALAH TUHAN YANG SATU...

Mengimbau kenangan lalu bersama insan tersayang ini, sudah pasti membuatkan diri ini sebak. Insan ini begitu baik, mungkin inilah dikatakan takdir dan semua itu adalah ketentuan daripada-Nya.

Mengimbau kenangan semalam,
Membuatkan diri ini berasa sangat gembira,
Di samping kaum keluarga yang begitu akrab,
Timbul perasaan kasih sayang di dalam hati.

Ketika kita masih tersenyum,
Rasa gembira terpancar pada wajah,
Kehadirannya begitu berharga,
Tidak langsung terlintas atau terbayang
hidup tanpanya,
Dengan keberadaannya,
sudah pasti memberi ruang untuk
kita menumpang kasih
walau hanya seketika.

Tetapi hari ini,
Insan itu telah pergi,
meninggalkan kita buat selamanya,
Namun mungkin itu sudah takdir daripada-Nya,
Dan ketika itu,
Kita hanya boleh berserah serta mendoakan
agar dia bahagia di samping-Nya.

Nukilan : Stane
06/03/11
6.51pm

Monday, October 11, 2010

Malam Senandung Sastera Dan Bahasa Peribumi

Wwwhhhooooo....tu saja yang boleh saya ucapkan di awal post ini oooo ...betul2 penat ni mahu urus satu program...sapa rasa urus satu program bleh urus dalam beberapa hari saja...sapa yang bleh urus program bgitu mmg sya salute la dia...(padahal diri sendiri pun pernah buat bgitu...)

Dipanjangkan cerita...malam semalam klas kami (PISMP BM S8 Ambilan Januari 2007) telah menganjurkan Malam Senandung Sastera Dan Bahasa Peribumi. Secara keseluruhannya, program ini adalah suatu kejayaan baharu dan syukurlah semua pihak berpuas hati dengan persembahan yang telah disajikan pada malam tadi

Eeerrrmmmm....Sebelum terlupa ada satu benda lagi mau bagi tau...kali ni program kami masuk News paper lagi..(Jgn Jeles ah..) Ni keratan akhbar dia...TQ Kepada Ian N Abg Ian (En. Willie Jude ,Wartawan Utusan Borneo)

Sunday, August 29, 2010

Tengok Jangan X Tengok....

Wah...best nya tu gambar besar2 d bandaraya kk...tp ndak tau la...mcm mna tu gambar bleh ada sna...ada sapa2 yg bleh bg tau ka???

Anyway...TQ to Miss Lyediana Sopital la..bab sudi pakai baju Tradisi Suku Kaum Kadazan Kuizou Beaufort ( Yang Tengah2)...TQ Very Much...


Gambar ORiginal...
( Hak Cipta Terpelihara Khairunie Mahtar...IPG Keningau)
Papan Tanda Besar Dekat Bangunan KWSP

Saturday, July 3, 2010

Koleksi Pakaian Suku Kaum Di Sabah & Sarawak

Di sini ditampilkan beberapa Koleksi Pakaian beberapa Suku Kaum yang terdapat di Sabah & Sarawak bersempena dengan Sambutan Karnival Kaaamatan Gawai IPG Kampus Keningau 2010...
























Tuesday, May 25, 2010

Happy Kaamatan Gawai 2010 ...Himpunan Banner & Backdrop Karnival Budaya IPG Kampus Keningau

Happy Kaamatan Gawai 2010 kepada semua...Saja2 bh ni mo post blog sblm cuti ma Hari Kaamatan & Gawai..hehhehe...lg pun mo mula cuti ckul sdh kan...best nya klu trus cuti minggu dpn..tp tpaksa lg blk kgau bab ada kursus..pas tu br cuti...(ndak sabar ooo mo cuti...)

Terlanjur wish selamat happy kaamatan..sya mo kongsi satu info baharu pasal kaamatan jga...Tp ini kaamatan peringkat IPG Kampus Keningau...Karnival Kaamatan Gawai merupakan salah satu program tahunan di IPG Kampus Keningau...Program seumpama ini telah dianjurkan oleh Biro Kebudayaan JPP dari Tahun 2007 hingga 2010...diketuai oleh...hehehhehe....sapa lg sya la...( action nya...) dan dengan kerjasama rakan2 seperjuangan yang bernaung di bawah Biro Kebudayaan JPP 2007-2010...

KARNIVAL BUDAYA SABAH IPKS 2007

Pentas Sempena "Karnival Budaya IPKS"

KARNIVAL BUDAYA SABAH IPKS 2008

Banner Karnival Budaya Sabah IPKS 2008

Backdrop Karnival Budaya Sabah 2008

KARNIVAL BUDAYA BORNEO IPG KAMPUS KENINGAU 2009

Banner Karnival Budaya Borneo 2009

Backrop Karnival Budaya Borneo 2009

And the Latest...

Nama Penuh Program..Karnival Kaamatan Gawai IPG Kampus Keningau 2010...(Masih kekalkan konsep yang sama...tukar nama ja..) Program ini adalah anjuran Biro Kebudayaan JPP 2010...(Promote Biro Sendiri lg...hehhehe) harap2 program ni dpt dilaksanakan dengan jayanya...maklum la tpaksa cr sponsor n budget sendiri bh...kpada yg bmurah hati utk memberi sumbangan.. dipersilakan...

Pa2 pun..tgk sendiri ja la d draft banner ma backdrop yg br ja siap dua tiga ari ni...edit ckit2 ja dr banner Karnival Budaya Borneo IPG Kampus Keningau 2009...hehhehehe...