Thursday, February 5, 2009

eNtaH Di MaNa SiLaPnYa...

Coretan kali ini bukanlah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, tetapi bila difikirkan semula sudah pasti akan meninggalkan suatu pengalaman pahit yang menyakitkan hati dan perasaan sendiri.

Tidak perlu mempersalahkan sesiapa dalam hal ini, mungkin itulah yang dikatakan "NASIB". Kadangkala nasib kita baik, tetapi kadangkala nasib kita malang. Namun begitu, kita haruslah sabar menghadapinya kerana semua yang berlaku ini sudah pasti ada hikmahnya.

Entah di mana silapnya, bila diingat kembali peristiwa itu. Dengan penat lelah melakukan sesuatu kerja, sumbangan kita langsung tidak dihargai. Mungkin inilah trend masa kini, habis madu sepah dibuang...Sudahlah penat-penat buat suatu benda tu...ucapan terima kasih pun langsung tidak ada...

Rasanya inilah dikatakan manusia zaman moden...semakin berkembangnya era teknologi, semakin itulah adab sopan dan nilai murni diabaikan...sama-samalah kita renungkannya...


No comments:

Post a Comment